Friday, March 4, 2016

Soalan-Soalan Mingguan ( PSK )

Pendidikan Sivik  Dan Kewarganegaraan

1.Apakah maksud identiti diri? 

A.Gambaran keseluruhan tentang matlamat hidup seseorang 
B.Potensi diri milik seseorang individu 
C.Kemahiran asas yang dimiliki oleh seseorang 
D.Kebolehan untuk mengembangkan potensi diri 

2. Mengapakah kita perlu mempunyai matlamat dalam hidup? 

A. Agar kita tidak ketinggalan zaman 
B. Agar kita memperoleh kejayaan dalam hidup 
C. Agar kita disenangi oleh orang lain
 D. Agar kita dapat mengatasi orang lain

3. Rakan Ali mengajaknya ponteng sekolah dan pergi ke pusat permainan video. Ali sepatutnya 
A. menerima pelawaan tersebut dengan hati yang gembira 
B. bersetuju sekiranya rakannya yang mengeluarkan belanja. 
C. menolak pelawaan tersebut dan menasihati rakannya 
D. memarahi dan memukul rakannya 

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tersalah memilih rakan? 

A. kita akan dipandang serong oleh masyarakat 
B. kita mudah terpengaruh dengan gejala negatif 
C. kita akan kehilangan rakan yang baik 
D. kita akan mengalami konflik sesama rakan

5. Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap rasional ketika membuat sesuatu keputusan? 

A. Agar kita tidak menyesal di kemudian hari 
B. Agar keputusan tersebut mendatangkan keuntungan 
C. Agar tidak menyusahkan diri sendiri 
D. Agar kita mempunyai masa untuk membetulkan kesilapan

6.Cara memupuk perpaduan dalam keluarga

i.Tolong-menolong antara satu sama lain
ii.Bergaduh dan bertengkar
iii.Bermaaf-maafan
iv.Bercakap dengan kasar

A.I & IV
B.I & III
C.II & III
d.III & IV

7. ______________merupakan asas kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dalam sesebuah keluarga. 

A. Kasih sayang 
B. Perasaan iri hati 
C. Dendam 
D Curiga

8. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu :

i.Simbol
ii.Verbal
iii. Rupa
iv.Non-Verbal
V.Badan

A. I,II & V
B. II,III & IV
C. I,II & IV
D. III,IV & V

9. Apakah kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang? 

A. Menjamin kualiti hidup sepanjang hayat 
B. Menambahkan berat badan 
C. menjimatkan wang perbelanjaan 
D. Mengelakkan serangan penyakit 

10. Yang berikut merupakan amalan gaya hidup sihat, kecuali 

A. mengamalkan diet yang betul 
B. mengamalkan makanan tambahan 
C. mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan 
D. melakukan aktiviti riadah